Headline

Wednesday 14 December 2011

Kesilapan setiausaha Telah Menjana $1 Juta Dollar !

Stan Miller suka mengumpul Kata kata pujangga.Beliau mula mengumpul ketika berumur 16 tahun lagi sehinggalahlah selepas berkahwin semasa perayaan christmas,beliau dan isterinya berhasrat untuk mengumpul kata kata pujangga dan cerita untuk dijadikan hadiah chritmas kepada kawan kawan mereka. Beliau pergi ke kedai cetak dan bertanya berapakah harga cetakan untuk 100 buah buku.

Setiausaha dikedai tersebut memberitahu adalah lebih murah jika mencetak 1000 buah buku sekaligus. Beliau memberi harga $1000 untuk 1000 buku cetakan. Stan tarik dengan harga tersebut dan memesan 1000 buah. Tetapi apabila bil diterima , harganya ialah $10,000 dan bukannya $1000! Setiausaha tadi telah tersilap Meletakan angka kosong!

Stan dan Sharon merasa sunggu sunggul. Dalam keadaan terdesak, stan membawa beberapa buku ke kedai buku universiti, tetapi mereka tidak tahu menjualnya. Tetapi pengurusnya bersetuju supaya stan meninggalkan beberapa buah buku tanpa mengambil wang pendahuluan. Apabila Stan datang Beberapa Minggu kemudian, semua telah habis... memeranjatkan mereka semua. Buku tersebut laris seperti goreng pisang panas dan sehingga kini 1 juta buku telah terjual.Kisah ini berlaku 25 tahun dahulu dan sehingga kini buku tersebut masih dijual.Kesilapan yang dilakukan oleh setiausaha telah menghasilkan jutaan dollar. Buku tersebut bernama Especially for Mormons, sehingga kini terdapat 5 edisi pujangga,cerita inspirasi kepada pembacanya.

No comments:

Post a Comment