Headline

Sunday 18 December 2011

Bagaimana Robert Allen Menjana $200Juta Dalam10 Tahun Dengan Modal $1500?

Jika anda seseorang Yang Berminat dengan bisnes hartanah atau real estate, anda pasti pernah membaca buku ciptaan Robert Allen, "NOTHING DOWN" Beliau Telah Menjana Jutaan Ringgit Dengan pen dan kertas...Bagaimana Beliau Melakukan?

Pada tahun 1974,robert menamatkan pengajian daripada Brigham Young Universiti dengan memegang master dalam MBA. Anda tidak perlu merasa kagum kerana permohonan kerja beliau telah ditolak hampir 30 syarikat di Amerika.Beliau terlalu terdesak kerana wang hampir putus, dan tanpa pekerjaan keadaan tentunya sudah menjadi semakin buruk.

Pada masa yang sama beliau mempunyai minat yang mendalam dalam pelaburan hartanah(membeli rumah atau bangunan pada harga yang murah dan menjualnya dengan keuntungan yang tinggi). Beliau membaca buku klasik Nikerson "Bagaimana saya menukarkan $1000 kepada $100,000 dalam pelaburan hartanah dimasa lapang.

Kemudian Beliau Melupakan hasrat untuk Mendapatkan pekerjaan,sebaliknya merayu kepada seorang jutawan hartanah untuk memberikan perkerjaan dengan bayaran komisen. Oleh kerana masih belum kahwin, Beliau sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh jutawan tadi. Beliau menerima komisen dengan menjual tempat-tempat beriadah.

Dibawah bimbingan beliau, Robert telah membeli sebuah Apartment di Provo, Utah dengan deposit sebanyak $1500. Ini memberikan beliau semangat untuk membeli lebih banyak lagi hartanah dan pada masa yang sama pernah juga gagal. Dalam masa beberapa tahun, akhirnya beliau menjadi jutawan di atas kertas.

Robert berhasrat untuk berkongsi maklumat yang beliau perolehi dengan kawan-kawan rapatnya dimana hampir semuanya berjaya. Beliau terfikir jika kawan beliau berminat. sudah tentu lebih ramai lagi orang lain yang juga berminat. Beliau menempah rampaiklan diakhbar dengan menawarkan "Bagaimana membeli Hartanah dengan sedikit wang atau tanpa modal".

Keesokan harinya telefon beliau tidak putus-putus berbunyi.Dalam beberapa minggu beliau telah menjana lebih $10,000 sehari dengan bisnes gaya pos. Dalam masa beberapa bulan beliau telah memperolehi pendapatan enam angka sebulan. Beliau Hampir tidak percaya!

Selepas itu, Beliau memberikan lesen nama dan idea beliau kepada satu syarikat nasional untuk melatih orang lain menggunakan sistem beliau dan membayar royaliti bagi setiap pelajar. Masanya tepat sekali. Dalam masa setahun royalti cek beliau telah berkembang antara $25,000 sehingga $50,000 seminggu! ianya bertahan selama 6 tahun! pendapatan sampingan ini telah memberikan beliau banyak masa terluang untuk menulis dan mempromosikan dua lagi buku yang begitu laris di pasaran. Apabila royaliti daripada lesen beliau telah berkurangan pada tahun 1985, beliau telah melancarkan bisnes latihan yang baru dan menjana lebih $100 juta lagi daripada maklumat yang sama dan kebanyakaan daripada orang yang sama juga!

Jika Anda perhatikan pelaburan hartanah merupakan satu bisnes yang sudah lama dan biasa.Tetapi apa yang dilakukan oleh Robert Allen ialah dengan mengambil teknik lama dan membuat teknik baru dengan konsep "Tanpa Modal" Inilah hasil yang diperolehi beliau:

2.5 juta membeli buku berharga $20 = $50,000,000
100,000 menghadiri seminar    $500 = $50,000,000
20,000 seminar KB $5,000             =  $100,000,000
Total                                                =$200,000,000

Robert Allen telah membuktikan bahawan dengan satu idea beliau telah menjana jutaan dollar dengan mengunakan Formular Luar Biasa. Apabila anda sudah menjumpai lubuk emas idea anda,sepanjang hidup anda boleh mendapat hasil.

No comments:

Post a Comment